THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Pages

Thursday, November 18, 2010

Hanya satu yang ku pinta


HATIKU MILIK ILLAHI

Pelik sungguh perasaan ini,
Berdebar sungguh hati ini,
Kehadiranmu di sisi,
Menyebabkan hati ini,
Rasa tersisih,
Tersisih untuk mendapatkan dan mencari,
Cinta yang kekal abadi,
Cinta daripada Illahi.

Bukan kerana membenci,
Bukan kerana tidak mengerti,
Dendam jauh sekali,
Marah tidak mungkin,
Sesungguhnya hati ini,
Reda dengan ketentuan Illahi.

Cukuplah hati ini disakiti,
Cukuplah dimaki dan dicaci,
Hati ini sangat pedih,
Kerana terguris,
Dan ditikam dengan pisau dan keris,
Yang diperbuat daripada besi,
Dan dicairkan dengan api,
Yang sangat panas dan sakit.

Jangan biarkan kenangan tadi,
Menyelubungi diri,
Menghantui mentaliti,
Menghitamkan hati,
Melemahkan semangat ini,
Semangat yang diberi,
Untuk terus berdiri,
Di medan ini,
Kerana mencari keredaan Illahi.

Jika menyendiri itu yang terbaik,
Yang mendekatkan kita kepada Maha Pengasih,
Yang meningkatkan nur iman di hati,
Yang meningkatkan semangat jihad dalam diri,
Yang membentuk ukhuwwah Islami,
Maka janganlah berfikir panjang lagi,
Jangan dipersoalkan lagi,
Jangan dikhuatiri lagi,
Dan pilihlah jalan ini.

Jangan pernah berpatah kembali,
kerana kekosongan di hati,
Telah sarat dipenuhi,
Dengan cinta-cinta yang berseri,
Yakni cinta dari dan untuk Illahi,
Cinta kepada Rasulullah dan Nabi,
Cinta kepada Mujahid,
Cinta kepada family,
Cinta kepada guru yang banyak memberi,
Cinta kepada sahabat sejati,
Cinta kepada saudara Islami,
Dan cinta kepada diri sendiri.

Cukuplah dengan fitnah duniawi,
Yang dilemparkan kepada diri ini,
Hati sangat sakit,
Bagaikan kaca yang berkecai,
Digigit dan terkena gusi,
Darah dan tangisan mengalir,
Tanpa henti-henti,
Bagai sungai yang mengalir,
Sungguh deras sekali.

Janganlah kembali,
Untuk menyakitkan hati,
Dan merosakkan diri,
Kerana diri ini tak kan berpatah balik,
Janganlah kembali,
Dan timbulkan fintah antara hati-hati ini,
Diri ini tidak tahan lagi,
Apatah lagi,
Hati ini telah dipilih,
Oleh Rabbul Izzati,
Untuk menerajui,
Sebuah organisasi,
Yang berteraskan program Islami,
Organisasi yang sangat dicintai,
Yang menjaga diri ini,
Sehingga kini,
Untuk menjadi Muslimah Sejati.

Tapi hati ini yakin,
Allah ada di sisi,
Allah bersama orang yang disakiti,
Allah menguji diri ini,
Untuk membuktikan yang diri ini sangat kerdil,
Sangat kecil,
Untuk membuka mata ini,
Agar tidak kecundang dan lari,
Dari agama ini,
Agar amalan selama ini,
Tidak berpihak di sebelah kiri,
Di akhirat nanti.

Cukuplah jangan ditangisi,
Jangan pernah kembali,
Hanya setakat untuk mengharapkan kasih,
Daripada insani,
Pergilah cari,
Cari cinta sejati,
Cari kebahagiaan hakiki,
Mintalah daripada Yang Maha Mengasihi,
Yang Maha Mendengar dan Maha Memahami,
Nescaya cinta yang dimiliki,
Akan kekal abadi,
Hingga ke nafas terakhir,
Dan di akhirat nanti.

Ketahuilah bahawa hati ini,
Milik yang Maha Memiliki,
Bukan tercipta tersendiri,
Tapi diciptakan oleh Rabbul Izzati,
Untuk menjadi khalifah di muka bumi ini,
Khalifah untuk diri sendiri,
Ingatlah bahawa hidup mati,
Diri ini,
Adalah semata-mata kerana niat suci,
Bukan untuk pilih,
Antara syurga / neraka di akhirat nanti,
Tapi untuk mencari keredaan Illahi,
Yang sangat dicintai,
Melebihi cinta kepada diri ini.

Pergilah dan cari,
Siapakah diri,
Berhijrahlah dan lari,
Dari kehidupan ini,
Binalah kehidupan berbau wangi,
Yang dihiasi,
Oleh munajat dan zikir,
Kepada Sang Pemilik,
Jadikanlah masa-masa tadi,
Sebagai sebuah ilusi,
Yang tidak mungkin,
Dan tidak AKAN mungkin,
Terjadi.

Berpesanlah kepada yang lain,
Bahawa diri ini,
Sangat menyesali,
Dan berjanji,
Tidak akan mengulangi lagi,
Ketahuilah bahawa diri ini,
Serahkan kembali kepada Yang Maha Pemberi,
Kerana diri ini,
percaya dan yakin,
Akan bertemu dengan yang lebih baik,
Insya Allah suatu hari nanti.

Dengan izin Illahi,
Diri ini tidak akan kembali,
Dan berpatah balik,
Kerana diri ini akan terus berdiri,
Di medan ini,
Beralaskan kaki,
Dan akal yang diberi,
Dengan bantuan orang yang dicintai,
Sehingga ke nafas terakhir,
Kerana itulah kebahagian hakiki.

Pesanan terakhir,
Sebelum melangkah pergi,
Jagalah hati,
Jagalah diri,
Jagalah peribadi,
Jagalah hubungan kita dengan Illahi,
Kerana kita akan merasai,
Kenikmatan yang kekal abadi.

Wa Allahu 'Alam








0 comments: