THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Pages

Sunday, August 15, 2010

Muslimin & Muslimah

WHAT GUYS SAY...

1.Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangijangan bongkar rahsia diri anda sendiri. Usah beritahu dia ada ramailelaki meminati anda. Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupuncari masalah dengan lelaki-lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda "buaya" atau "pisau cukur". Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang.

Lebihkanberbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yangbertakhta di hati anda. Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yangpernah anda kenali. Itu mengundang musibah.

2.Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jadi, jangan gatal-gatal cakap itu ini, begitu begini tentang ibunya. Cakapyang baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabiladisebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah lemah apabila disebuttentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

3.Kenapa suka sangat cerita sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semuasejarah silam untuk diri anda sendiri. Dia tidak ingin tahu semua itu.Setelah anda bertaubat anggap diri anda bersih. Dia juga akanmenganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia andaapabila anda rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. Membocorkan rahsiadiri bukanlah caranya untuk hubungan yang aman harmoni.

4.Jika dia telah pun bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yangmungkin telah menurun selari dengan bertambahnya usia. Dia memang taksuka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang anda bolehlakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanankegemarannya secara rahsia. Jangan sekali-kali perlekeh danperkecilkannya. Dia boleh mengamuk gila.

5.Dia tak suka sama sekali jika dipersalahkan, meskipun jelas diabersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba diamengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai kerumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannyadan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu.

6.Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos,dengan kawan-kawan, bahkan minat dia pun anda perlu sokong. Jangantatkala dia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman sekerja, andatokok tambah lagi serta menyalah-nyalahkannya, ini sangat menyakitkanhatinya. Anda tahu apa yang akan dilakukan selepas itu? Selepas itu diatidak akan bicara lagi dengan anda. Dia akan mencari orang lain untukbercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya adakemungkinan anda dipertandingkan dan dibanding-bandingkan. Bersiapsedialah untuk diduakan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusiksama sekali egonya.

7.Jangan puji lelaki lain di hadapannya. Jika tertarik pun diam saja dansimpan dalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat,memuji-mujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak senang.Silap-silap dia akan cap anda "gatal".

8.Lelaki penuh dengan keegoaan, Meskipun dia berpendidikan rendahdaripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabilanak buat keputusan. Berikan dia kuasa memimpin. Jangan fikirmentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebihdaripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan.Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak di tangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik bangkang.

wallahu alam..

0 comments: