THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Pages

Showing posts with label Wanita Solehah. Show all posts
Showing posts with label Wanita Solehah. Show all posts

Friday, March 18, 2011

UNIC_balqis



BALQIS


Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau diterang cahaya

Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar
Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria

Balqis,
kau bijak dalam menilai dan membuat
pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat
selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk
seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang
dijanjikan-Nya

Tak perlu kau singkapi labuhan kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya

Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari

Kebijaksanaan Sulaiman telah merubah
sekeping hati
Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan
pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah
engkau lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada
seorang nabi

Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu
akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya...


Sunday, December 5, 2010

ketahuilah wahai adam


LELAKI IDAMANKU

Lelaki idamanku,
Tertegak Islam dalam dirinya,
Sejernih salju,
Hatinya dilingkari cinta Yang Satu,
Iman dan taqwa menjadi sepatu,
Dengan roh Islam dia melangkah maju,
Dahagakan pahala,
Hauskan ilmu,
Gagah melawan nafsu,
Solatnya dihayati penuh syahdu,
Kata-katanya benar tidak menipu.

Lelaki idamanku,
Teguh dalam saf perjuangan,
Teman- temannya adalah,
Pencinta syariat Islam,
Yang menyampaikan ilmu di dada,
Buat umat yang kehausan,
Yang menginfakkan harta,
Untuk jalan jihad dan kebenaran.

Lelaki idamanku,
Adalah lelaki beriman,
Yang mengalir dalam darahnya,
Sifat kepimpinan,
Suka berbuat kebajikan,
Berbakti kepada ayah
bondanya dengan penuh kebaikan,
Dalam rumah-tangga,
Dialah penjaga kerukunan,
menghiasi jiwa ahlinya,
Dengan seagung-agung pegangan,
Mendidik anak dan isterinya
menghayati Islam,
Yang mengamalkan hidup
penuh kesederhanaan,
Yang dunia baginya
rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idamanku,
Sentiasa bersedia menjadi imam,
Yang hidup di bawah
naungan Al-Quran,
Dengan petunjuk Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya
daripada berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran,
Dengan rahmat Allah ke atasnya.

Lelaki idamanku,
Tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan
kerana membaca,
Suaranya lesu kerana penat
mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan
cahaya keimanan,
Bengun subuhnya penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya
bertambah penuh kematangan.

Lelaki idamanku,
Sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia
adalah ladang di akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu,
perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik bertunas,
bakal menjadi baka yang baik,
meneruskan perjuangan Islam,
Sebelum hari kemudian.

Lelaki idamanku,
Adalah lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dan dia ingin membawaku bersama,
Buat selama-lamanya,
Benar dialah, dialah,
Sungguh dialah,
Lelaki idamanku...

Dipetik daripada buku yang berjudul "Petua Membuat Orang Jatuh Cinta"
hasil nukilan Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Fatimah Syarha Noordin

Editted by Nur Ezzati

Wednesday, December 1, 2010

KNOW THE SECRECT


UNLOCK THE KEY! REVEALED THE SECRET

1- To beautify your eyes, lower your gaze towards strange men; this will make your eyes pure and shiny.

2- To beautify your face and make it shiny, keep doing wudu minimum five times a day.

3- To have attractive lips, always mention Allah and remember to speak the truth.

4- As for blush and rouge, “Modesty” (Haya) is one of the best brands and it can be found in any of the Islamic centers.

5- To remove impurities from your face and body, use a soap called “Istghfar” (seeking forgiveness of Allah) this soap will remove many bad deeds.

6- Now about your hair, if any of you has a problem of split ends, then I suggest “Islamic Hijab” which will protect your hair from damage.

7- As for jewelry, beautify your hands with humbleness and let your hands be generous and give charity to the poor.

8- To avoid heart disease, forgive people who hurt your feelings.

9- Your necklace should be a sign to pardon your fellow brothers and sisters.

Sunday, September 26, 2010

PETIKLAH BUNGA ITU...

PETIKLAH BUNGA ITU
Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
Kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu,
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

Bukan aku memaksa.
Tapi aku terpaksa
Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
Dia perlukan jawapan.
Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

Andai kamulah kumbang sakti itu..
Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendakiNya."
[At-Talaq:2-3]

Saturday, September 18, 2010

Air mata tidak selamanya abadi




Senyum. Bahagia. Tenang. Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi. Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu. Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali. Namun, tanda perhatian dan kasih sayang ALLAH pada hamba-hambaNYA ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya. Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian ‘anggota’ manusia, ketidaksempurnaan pula ada ‘nama timangan’ mereka.


Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering ku kisahkan cerita ini pada mereka yang lagi dirundum kesedihan. Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah. Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu ‘Semangat yang Hilang’ untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang. Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas. Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi. Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik. Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berhasil ‘di’keluarkan dengan mudahnya. Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini? Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang? Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Wallahualam

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.

Friday, August 13, 2010

Seindah Mawar Berduri


Dalil-dalil Yang Mengharamkan Bersalaman dan Bersentuhan di Antara Lelaki Dengan Wanita Bukan Mahram

http://fiqh-sunnah.blogspot.com


Dalil pertama:


Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

Terjemahan: Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487) Takhrij: Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487. Al-Haitsami berkata: Para perawinya adalah perawi yang sahih. Imam al-Mundziri berkata: para perawi ath-Thabrani adalah tsiqah dan termasuk para perawi yang sahih. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/447, no. 226. Juga diriwayatkan oleh ar-Ruwaiyani, al-Musnad, 2/227 dari jalur Nashr B. ‘Ali, beliau berkata: “Ayahku menceritakan kepada kami, Syadad B. Sa’id telah menceritakan kepada kami, daripada Abu al-Alla’, beliau berkata, Ma’qil B. Yasar telah menceritakan kepadaku secara marfu’... (hadis di atas).” Syaikh al-Albani berkata tentang sanad hadis ini (riwayat ar-Ruwaiyani): Ini adalah sanad yang bagus (jayyid). Semua perawinya tsiqah dan termasuk para perawi al-Bukhari dan Muslim, kecuali Syaddad B. Sa’id yang hanya merupakan perawi Imam Muslim sahaja. Ada sedikit komentar terhadapnya yang tidak boleh menurunkannya dari status hasan. Dengan sebab itu, Imam Muslim hanya meriwayatkan daripadanya sebagai syawahid. Adz-Dzahabi mengatakan dalam al-Mizan sebagai Sholihul hadis (hadis yang bagus). Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata di dalam at-Taqrib sebagai Shoduq yukhthi (jujur namun sering tersilap). (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/447)

Penjelasan:
Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

و في الحديث وعيد شديد لمن مس امرأة لا تحل له
، ففيه دليل على تحريم مصافحة النساء لأن ذلك مما يشمله المس دون شك ، و قد بلي بها كثير من المسلمين في هذا العصر و فيهم بعض أهل العلم ، و لو أنهم استنكروا ذلك بقلوبهم ، لهان الخطب بعض الشيء ، و لكنهم يستحلون ذلك ، بشتى الطرق و التأويلات

Terjemahan: Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran). (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah al-Kamilah, 1/225)

Dalil Kedua:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى
وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ


Terjemahan: Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil, ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 13/125, no. 4802)

Kaedah pengambilan dalil adalah dari perkataan:

وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ
... dan tangan berzina dengan menyentuh. (Dari hadis di atas)

Dalam riwayat Ahmad disebutkan:

وَالْيَدُ زِنَاهَا اللَّمْسُ
... dan tangan berzina dengan menyentuh.

Dalam riwayat Ibnu Hibban juga disebutkan:

وَالْيَدُ زِنَاؤُهَا اللَّمْسُ
... dan tangan berzina dengan menyentuh.

Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan:

معنى الحديث أن بن
آدم قدر عليه نصيب من الزنى فمنهم من يكون زناه حقيقيا بادخال الفرج في الفرج الحرام ومنهم من يكون زناه مجازا بالنظر الحرام اوالاستماع إلى الزنى وما يتعلق بتحصيله او بالمس باليد بأن يمس أجنبية بيده او يقبلها او بالمشي بالرجل إلى الزنى اوالنظر او اللمس او الحديث الحرام مع اجنبية ونحو ذلك او بالفكر بالقلب

Makna hadis di atas adalah bahawa setiap anak Adam itu ditakdirkan untuk melakukan perbuatan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan usaha-usaha untuk melakukan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan, atau menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya. Atau dengan melangkah kaki menuju tempat perzinaan, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan (imaginasi/berniat) dengan hatinya. (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 16/206)

Dalil ketiga:

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah bersalaman dengan wanita yang tidak halal baginya walaupun dalam peristiwa bai’at. Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَايِعُ النِّسَاءَ بِالْكَلَامِ بِهَذِهِ الْآيَةِ { لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } قَالَتْ وَمَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَ امْرَأَةٍ إِلَّا امْرَأَةً يَمْلِكُهَا

Terjemahan: Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbai’at dengan kaum wanita secara lisan (tanpa bersalaman) untuk ayat “Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu”. Dan tangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah menyentuh tangan wanita melainkan wanita yang dimilikinya. (Hadis

Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 22/160, no. 6674)
Juga melalui hadis ini:

وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ قَدْ بَايَعْتُكِ عَلَى ذَلِكِ

Terjemahan: Tidak, demi Allah, tidak pernah walau sekali pun tangannya (tangan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) menyentuh tangan seorang wanita ketika melakukan bai'at. Beliau tidak membai'at para wanita melainkan hanya dengan mengatakan: “Aku telah menerima bai'at kamu untuk perkara-perkara tersebut.”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 15/165, no. 4512)


Daripada Umaimah Binti Ruqaiqah, ia menyatakan:
أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في نساء لنبايعه، فأخذ علينا ما في القرآن: { أَنْ لا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } الآية، وقال: "فيما استطعتن وأطقتن"، قلنا: الله ورسوله أرحم بنا من أنفسنا، قلنا: يا رسول الله، ألا تصافحنا؟ قال "إني لا أصافح النساء، إنما قولي لامرأة واحدة كقولي لمائة امرأة
Terjemahan: Aku pernah berjumpa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama beebrapa orang wanita untuk berbai’at kepada beliau. Maka beliau pun membai’at kami dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur’an, iaitu kami tidak boleh mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu. Lalu beliau bersabda, “Iaitu berkenaan dengan apa yang kamu mampu dan sanggupi.” Maka kami pun berkata, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih menyayangi kami daripada diri kami sendiri.” Seterusnya kami mengatakan, “Wahai Rasulullah, tidakkah kita perlu bersalaman?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk seratus orang wanita.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 44/559, no. 27009. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih, perawinya tsiqah daripada perawi syaikhain (al-Bukhari & Muslim) kecuali Umaimah Binti Ruqaiqah. Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata di dalam tafsirnya, 8/96: Sanad hadis ini sahih, diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, dan Ibnu Majah daripada hadits Sufyan B. ‘Uyainah. Juga diriwayatkan oleh an-Nasaa’i daripada hadits ats-Tsauri dan Malik B. Anas. Semuanya bersumberkan daripada Muhammad B. Al-Munkadir. At-Tirmidzi menyatakan: Hadis ini hasan sahih)

Syeikh Muhammad al-Amin asy-Syanqithi rahimahullah berkata di dalam tafsirnya:

أن النبيّ صلى الله عليه وسلم ثبت عنه أنّه قال: "إني لا أصافح النساء"، الحديث. واللَّه يقول: {لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ} ، فيلزمنا ألاّ نصافح النساء اقتداء به صلى الله عليه وسلم، ... وكونه صلى الله عليه وسلم لا يصافح النساء وقت البيعة دليل واضح على أن الرجل لا يصافح المرأة، ولا يمسّ شىء من بدنه شيئًا من بدنها؛ لأن أخفّ أنواع اللّمس المصافحة، فإذا امتنع منها صلى الله عليه وسلم في الوقت الذي يقتضيها وهو وقت المبايعة، دلَّ ذلك على أنها لا تجوز، وليس لأحد مخالفته صلى الله عليه وسلم، لأنه هو المشرع لأُمّته بأقواله وأفعاله وتقريره

Terjemahan: Bahawasanya telah tsabit daripada Nabi Shallallahu ‘alaihiw a Sallam, beliau berkata, “Sesungguhnya aku tidak pernah bersalaman dengan kaum wanita.” Dan Allah telah berfirman: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik.”. Dengan itu, demi untuk mencontohi/mengikuti beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka kita tidak bersalaman tangan dengan wanita ajnabiyah... dan sikap beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang tidak bersalaman tangan dengan wanita di ketika melakukan bai’ah adalah merupakan dalil yang sangat jelas bahawa seseorang lelaki tidak boleh bersalaman tangan dengan wanita yang bukan mahramnya dan tidak dibenarkan sama sekali dari anggota badannya menyentuhnya. Ini adalah ekrana bentuk sentuhan yang paling ringan adalah dengan bersalaman. Apabila Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri enggan untuk bersalaman dengan wanita ajnabiyah di ketika waktu-waktu yang sangat diperlukan untuk bersalaman iaitu di ketika waktu berbai’at, maka ini menunjukkan bahawa bersalaman tangan dengan kaum wanita ajnabiyah itu adalah tidak dibenarkan. Sesiapa pun tidak wajar untuk menyelisihi beliau. Kerana beliau adalah yang membawa/menetapkan syari’at untuk umat beliau sama ada dengan ucapan, perbuatan, ataupun pembenaran (taqrir). (al-Amin asy-Syanqitihi, Adhwa’ul Bayan fii Idhahal Qur’an bil Qur’an, 6/256)

Beliau juga menyatakan:


وإنما أمر بغضّ البصر خوف الوقوع في الفتنة، ولا شكّ أن مسّ البدن للبدن، أقوى في إثارة الغريزة، وأقوى داعيًا إلى الفتنة من النظر بالعين، وكل منصف يعلم صحّة ذلك

Menundukkan pandangan (antara lelaki dengan wanita) adalah diwajibkan kerana dibimbangi akan mengakibatkan kepada fitnah. Tidak dinafikan bahawa sentuhan anggota tubuh lelaki ke tubuh wanita yang bukan mahram adalah merupakan faktor yang paling kuat untuk membangkitkan naluri syahwat dan pendorong yang paling kuat menuju fitnah berbanding pandangan mata. Setiap orang yang normal memahami kebenaran perkara ini...

أن ذلك ذريعة إلى التلذّذ بالأجنبية، لقلّة تقوى اللَّه في هذا الزمان وضياع الأمانة، وعدم التورّع عن الريبة

Terjemahan: Bahawasanya ini semua (bersalaman di antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram) membawa kepada usaha menikmatinya, disebabkan berkurangnya sifat taqwa kepada Allah di zaman ini, hilangnya sikap amanah, dan kosongnya nilai kehati-hatian. (al-Amin asy-Syanqitihi, Adhwa’ul Bayan fii Idhahal Qur’an bil Qur’an, 6/257)

Pandangan Para Ulama Bermazhab Syafi’i:

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:


أن كلام الأجنبية يباح سماعه عند الحاجة وأن صوتها ليس بعورة وأنه لايلمس بشرة الأجنبية من غير ضرورة كتطبب وقصد وحجامة وقلع ضرس وكحل عين ونحوها مما لا توجد امرأة تفعله جاز للرجل الأجنبى فعله للضرورة وفى قط خمس لغات

Perkataan (suara) wanita ajnabiyah boleh kita dengari di ketika ada keperluan dan suaranya tidak termasuk aurat, menyentuh kulit wanita ajnabiyah tidak dibolehkan tanpa adanya alasan darurat seperti sebab perubatan, pendarahan, bekam, mencabut gigi, dan seumpamanya, di mana tiada wanita yang sanggup melakukannya. Lelaki yang bukan mahram dibenarkan melakukannya disebabkan alasan darurat tertentu. (Imam an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 13/10)

Beliau juga berkata:

حيث حرم النظر حرم المس بطريق الأولى لأنه أبلغ لذة فيحرم

Terjemahan: Disebabkan melihat wanita yang bukan mahram itu diharamkan, sudah tentu menyentuh kulitnya lebih diharamkan lagi. Ini adalah kerana menyentuh lebih mudah membangkitkan syahwat. (Imam an-Nawawi, Raudhatut Tholibin wa ‘Umdatul Muftiin, 7/27)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata tentang hadis pembai’atan para wanita kepada Rasulullah tanpa bersalaman:


ومنع لمس بشرة الأجنبية من غير ضرورة لذلك
Hadis tersebut mengandungi penjelasan larangan menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) tanpa adanya alasan darurat untuk menyentuhnya. (al-Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/204)

Wallahu ‘alam...Seindah wanita ialah wanita solehah