THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Pages

Sunday, December 5, 2010

ketahuilah wahai adam


LELAKI IDAMANKU

Lelaki idamanku,
Tertegak Islam dalam dirinya,
Sejernih salju,
Hatinya dilingkari cinta Yang Satu,
Iman dan taqwa menjadi sepatu,
Dengan roh Islam dia melangkah maju,
Dahagakan pahala,
Hauskan ilmu,
Gagah melawan nafsu,
Solatnya dihayati penuh syahdu,
Kata-katanya benar tidak menipu.

Lelaki idamanku,
Teguh dalam saf perjuangan,
Teman- temannya adalah,
Pencinta syariat Islam,
Yang menyampaikan ilmu di dada,
Buat umat yang kehausan,
Yang menginfakkan harta,
Untuk jalan jihad dan kebenaran.

Lelaki idamanku,
Adalah lelaki beriman,
Yang mengalir dalam darahnya,
Sifat kepimpinan,
Suka berbuat kebajikan,
Berbakti kepada ayah
bondanya dengan penuh kebaikan,
Dalam rumah-tangga,
Dialah penjaga kerukunan,
menghiasi jiwa ahlinya,
Dengan seagung-agung pegangan,
Mendidik anak dan isterinya
menghayati Islam,
Yang mengamalkan hidup
penuh kesederhanaan,
Yang dunia baginya
rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idamanku,
Sentiasa bersedia menjadi imam,
Yang hidup di bawah
naungan Al-Quran,
Dengan petunjuk Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya
daripada berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran,
Dengan rahmat Allah ke atasnya.

Lelaki idamanku,
Tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan
kerana membaca,
Suaranya lesu kerana penat
mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan
cahaya keimanan,
Bengun subuhnya penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya
bertambah penuh kematangan.

Lelaki idamanku,
Sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia
adalah ladang di akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu,
perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik bertunas,
bakal menjadi baka yang baik,
meneruskan perjuangan Islam,
Sebelum hari kemudian.

Lelaki idamanku,
Adalah lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dan dia ingin membawaku bersama,
Buat selama-lamanya,
Benar dialah, dialah,
Sungguh dialah,
Lelaki idamanku...

Dipetik daripada buku yang berjudul "Petua Membuat Orang Jatuh Cinta"
hasil nukilan Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Fatimah Syarha Noordin

Editted by Nur Ezzati

0 comments: