THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Pages

Wednesday, November 24, 2010

Rintihan hati seorang hamba


YA RABBUL IZZATI

Ya Allah,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu,
Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu,
Serta badan yang ringan menyempurnakan keta'atan kepada perintahMu.

Ya Allah,
Kurniakanlah kami iman yang sempurna,
Hati yang khusyuk,
Ilmu yang berguna,
Keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah,
Kurniakanlah kami DIN,
Iaitu cara hidup yang jitu dan unggul,
Selamat daripada segala mara bahaya dan petaka.

Ya Allah,
Kami mohon kepadaMu,
Kecukupan yang tidak sampai,
kami terpaksa meminta jasa orang lain.

Ya Allah,
Berikanlah kami iman yang sebenarnya,
Sehingga kami tidak lagi gentar,
Atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri,
Atau menyembah selain dari Engkau sendiri.

Ya Allah,
Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami,
Kepada keluarga dan anak-anak kami,
Serta sesiapa sahaja yang bersama kami.

Ya Allah,
Janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun sekadar sekelip mata,
Ataupun masa yang lebih pendek dari itu.

Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta,
Maka perkenankanlah...
Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad,
Nabi yang mulia,
Kepada keluarga Baginda dan Para sahabat baginda.

Amin Ya Rabbal Alamin...

0 comments: