THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Pages

Thursday, November 25, 2010

Ya Mujib Wa Sailin


KUATKANLAH KAMI DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMAMU

Ya Allah Ya Alim,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul mengasihiMU,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu.

Ya Allah Ya Ghaffar,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariatMu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini.

Ya Allah Ya Rahman,
Tunjukkanlah hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar,
Penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu,
yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu,

Ya Allah Ya Rahim,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat,
Yakni pengetahuan sebenar tentangMu.
Dan jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.

Ya Allah Ya Sami',
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
Perkenankanlah permintaan ini,
Restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad,
Keluarga dan para sahabat baginda.

Amin Ya Rabbal Alamin

0 comments: